Monday, May 11, 2009

DS Nizar MB Perak yang sah

Jam 4:20 ptg aku sudah sampai dipekarangan Masjid Ridzuaniah Kuala kangsar. Seperti biasa di koridor masjid tu telah ada kumpulan yang bersembang. kali ini mereka cakap pasal keputusan Hakim Mahkamah Persekutuan kes Nizar Vs Zambri. Aku tidak turut serta dengan mereka kerana azan akan dilaungkan oleh muazin tidak berapa lama lagi. Selepas solat asar aku tanya Mej (B ). Dia sahkan Nizar menang. Aku genggam tangannya erat-erat tanda aku sangat gembira dengan keputusan itu. Masa dalam perjalanan balik aku buka Perak FM. Kebetulan pula berita jam 5. Sah. Nizar menang. Aku takbir. Tidak ku sedari air mata kegembiran tidak dapat dibendung lagi. Aku mengucapkan kesyukuran kerana do'a dan munajat rakyat seluruhnya dimakbul Tuhan.

No comments:

Post a Comment