Friday, November 13, 2009

Setiap yang bernyawa itu akan mati. Itulah hakikatnya hidup ini. Aku akan bertemu dengan ajal yang telah ditetapkan Tuhan. Tapi tak tahu bila. Hari Jumaat yang lalu 06hb November 2009 bersamaan dengan 19 Zulkaedah 1409 Hj. Baharuddin Bin Ali, Timbalan JKR Perak telah menemui Allah sewaktu menunaikan solat subuh. Pada hari Rabu 11hb November Datin Kamariah Kamruddin isteri kepada YB Dato' Kamaruddin Jaafar telah pulang kerahmatullah akibat cancer usus. Pagi Khamis yang lalu 12hb November 2009 Normah Shamsuddin, sepupu aku juga telah pulang menemui Allah. Semuga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beroleh kemenangan.

No comments:

Post a Comment